Thursday, November 19, 2009

Baca jgn tak baca.... sedih woooooooo..


kalau korang hebat sangat,baca le sampai abis..





Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita
bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu
siri-siri
ceramah beliau
mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu
mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya
dan
sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua
ibubapa kita.
Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik
beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan
adik
beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil
didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam

diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat
Islam di negara ini, malah di
tempat lain juga.
Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa
dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasaannya, ibu
beliau akan bersembang-sembang dengan jiran selepas solat Asar. Tetapi
pada
hari itu, selepas solat Asar, ibu Ustaz Harun tidak keluar ke beranda
rumah untuk beramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran-jiran. Para
jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu,
kalau dikatakan
pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.
Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran-jiran
mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian

menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan.
Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan
alangkah
terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun telah pun
meninggal dunia semasa dalam solat Asar.
Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya,
apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati
jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid,
jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh
jamaah
perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.

Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau > (Ustaz Abu Hassan
Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka. Dengan penuh
belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka,
mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri
oleh
Ustaz Harun Din. Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk
melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik
beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung
bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi
makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang
berguna.
Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang
anak-anak
terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan
jenazah ibu mereka itu.
Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka,
mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak
hasil didikan
tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman.
Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani
sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik. Sungguh menarik dan
mengharukan kisah
ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan
bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur
kaku.
Adakah kita juga ingin
menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai
tanda hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita? Ataukah kita hanya
menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau
jamaah
masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang

terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat
kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita
hadiahkan kepada ibubapa kita.
Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita
yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar
ayah/papa/bapa/walid/baba dan
ibu/mama/emak/ummi dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan
anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu
untuk diuruskan pengkebumian? Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut
untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina
memandang
jenazah kita yang telah kaku?
> Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan
juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan
didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya
kepada
anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada
agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di
atas
tadi.
Wallahu'alam.

Sebenarnya ada seperkara lagi,

Apabila manusia meninggal dunia, ada empat perkara yg masih ada
hubungan dengannya dan salah satunya ialah anak-anaknya. Tanggungjawab
anak
masih belum habis terhadap kedua-dua ibubapanya walaupun ibubapa mereka
meninggal dunia, Selepas meninggal dunia, hendaklah anak-anaknya yang
memandikan dan menyembahyangkannya. Dan selepas itu pula hendaklah
selalu ia beramal dengan menyedekahkan pahalanya dan berdoa untuk
mereka.
Disamping memelihara hubungan baik dgn saudara-saudara dan
sahabat-sahabatnya.
Kalau kita buat perkara-perkara yg melanggar syarak pun ibubapa kita
juga mendapat habuan juga kerana dia yang mendidik kita. Jadi siapa yg
ibubapa yang dah tak ada itu, ingatlah mereka
dalam doa selepas
sembahyang dan selalulah berzikir utk mereka.
Petikan ini di terima dari seorang sahabat ... renungkanlah agar kita
mengambil iktibar dari apa yang
diceritakannya.
Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh
hatinya. Beliau berkorban dan membantuku dalam segala hal. Ibuku
membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh. Ibu menguruskan
pengajianku
dan berkorban apa saja
demi memenuhi keperluaanku dan permintaanku. Hari ini, wanita yang
hebat itu telah kami semadikan untuk
selama-lamanya. Dapatkah anda
bayangkan perasaanku suatu hari aku pergi ke bilik ibuku dan aku telah
terjumpa
serangkap sajak yang terlipat sepi di dalam laci mejanya.

Sajaknya berbunyi begini.

INILAH MASANYA

JIKA KAU INGIN MENYINTAI IBU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SUPAYA IBU TAHU
KEINDAHAN DAN KELEMBUTAN KASIH
YANG MENGUKIR KUDUS DARIPADA SANUBARIMU
CINTAILAH IBU SEKARANG
SEMASA IBU MASIH HIDUP
USAH TUNGGU SEHINGGA IBU TELAH PERGI
KEMUDIAN BARULAH DIUKIR DI BATU NISAN
DENGAN KATA-KATA INDAH PADA SEKUJUR BATU YANG SEPI

JIKA KAU MEMILIKI INGATAN MANIS BUAT DIRI IBU
TUNJUKLAH PADA IBU SEKARANG
JIKA KAU TUNGGU SEHINGGA IBU MATI
SUDAH PASTI IBU TAK DAPAT MENDENGAR
KERNA KITA DIBATASI KELEMAHAN

OLEH ITU, JIKA KAU MENYINTAI IBU
WALAUPUN HANYA SECEBIS
DARIPADA LAUTAN
HIDUPMU
LAFAZKAN DAN BUKTIKAN SEKARANG
SEMENTARA IBU MASIH HIDUP
AGAR IBU DAPAT MENIKMATI DAN MENYANJUNGINYA

Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan rasa bersalah sebab
aku tidak pernah nyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini. Malah
aku tak pernah melayan ibuku dengan wajarnya. Perasaan bersalah sering
menghantui hidupku. Aku layani semua orang untuk semua urusan,
tetapi
aku tak pernah meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri.
Sebenarnya
aku mampu menuangkan air ke dalam cawannya, kemudian memeluknya ketika
bersarapan, tetapi aku lebih mengutamakan urusanku, rakan-rakanku dan

pekerjaanku.
Sekarang baru aku terpikir............ pernahkah rakan-rakanku
melayaniku seperti ibuku ? Aku tahujawapanya. Apabila aku menelefon ibu,
aku
sentiasa lakukan tergesa-gesa, cepat dan ringkas. Aku
benar-benar
berasa kesal dan malu apabila mengingati tindakan masa lampauku terhadap

ibu. Aku masih ingat berapa banyak masa dan pengorbanan ibu yang
diberikan
untuk aku dan masa yang aku berikan padanya serta
banyak
manakah masa aku biarkan ibu kesepian dan hari tuanya berlalu
begitu sahaja. Aku sedar dan mengerti.

Sekarang bahawa aku terlalu kritikal, aku diburu rasa kesal dan
bersalah. Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak
seperti ku. Aku berharap kepada
rakan-rakanku........insaflah dan mengambil iktibar dan manfaat
daripada surat ini. Aku sudah terlambat dan kini sedang dilanda derita
dan
penyesalan.

Renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!!!!!..... pernah kita bertindak
sedemikian????? pernah kita merasa kesal dengan tindakan kita
itu????????
andainya kita pernah melayan sedemikian rupa terhadap ibu kita,

ubahlah sebelum terlambat

Bukankah pepatah mengatakan "syurga itu dibawah telapak kaki ibu" ...
mulia sungguh islam meletakkan wanita yang bergelar ibu ...

wassalam

Sabda Rasulullah saw:
Tiada seorang muda yang menghormati seorang tua, melainkan Allah Ta'ala

akan mentakdirkan seorang lain menghormatinya, apabila dia menjadi tua
pula"

0 comments:

Post a Comment